Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku

            Pada 20 Julai yang lalu,Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Felda Serting telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku.Lawatan in disertai oleh 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring.           Kami bertolak pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki sebuah bas.Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk murid-murid mencari buku yang terbaik sebagai bahan bacaan.Di samping itu,lawatan ini juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.           Setelah dua jam perjalanan, kami pun tiba di tempat pameran itu diadakan.Kami disambut dengan mesra dan diberi taklimat oleh pegawai yang bertugas.Kemudian,kami dibawa melawat ke sekitar pameran buku tersebut.           Pameran itu sesak kerana ramai pengunjung berada di pameran tersebut.Kami dapat melihat banyak buku tetkini yang dipamerkan.Terdapat pelbagai promosi yang menarik untuk me...

Karangan UPSR-Karangan Tindakan

soalan; Kamu dan kawan kamu berjalan di tepi sungai. Tiba-tiba kamu dan kawan-kawan kamu terdengar suara orang menjerit meminta tolong. Tulis tindakan kamu dan rakan-rakan ketika itu. Perenggan 1: -ubah suai tajuk jadi pendahuluan Perenggan 2: - menyiasat suara jeritan Perenggan 3: - suruh kawan minta bantuan Perenggan 4: - memberi bantuan kepada mangsa Perenggan 5: - bantuan yang diminta sampai Perenggan 6: -penutup - nilai murni                -harapan   Pada suatu petang,saya dan rakan-rakan berjalan di tepi sungai menuju ke padang bola untuk menjalani latihan bola sepak.Tiba-tiba kami terdengar suara orang menjerit meminta pertolongan.   Saya dan rakan-rakan segera menuju ke tebing sungai .Kami mencari-cari dari mana datang suara  jeritan itu. Rupa-rupanya,seorang budak lelaki menjerit meminta tolong kerana lemas di dalam sungai.   Saya segera menyuruh Airil meminta bantuan daripada oran...