Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku
Pada 20 Julai yang lalu,Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Felda Serting telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku.Lawatan in disertai oleh 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring.
Kami bertolak pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki sebuah bas.Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk murid-murid mencari buku yang terbaik sebagai bahan bacaan.Di samping itu,lawatan ini juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.
Setelah dua jam perjalanan, kami pun tiba di tempat pameran itu diadakan.Kami disambut dengan mesra dan diberi taklimat oleh pegawai yang bertugas.Kemudian,kami dibawa melawat ke sekitar pameran buku tersebut.
Pameran itu sesak kerana ramai pengunjung berada di pameran tersebut.Kami dapat melihat banyak buku tetkini yang dipamerkan.Terdapat pelbagai promosi yang menarik untuk melariskan buku-buku yang dijual di sana.
Murid-murid mengambil peluang untuk membeli buku dengan potongan harga istimewa. Kami membeli buku rujukan,buku cerita, dan beberapa buku majalah.
Lawatan ini berakhir pukul 2:00 petang.Kami berasa gembirakerana dapat membeli banyak buku.kami juga dapat pengalaman baharu daripada lawatan sambil belajar ini.
Disediakan oleh, 26 FEBRUARI 2018
_________________
( )
Ulasan
Catat Ulasan