Karangan UPSR-Karangan Tindakan

soalan; Kamu dan kawan kamu berjalan di tepi sungai.Tiba-tiba kamu dan kawan-kawan kamu terdengar suara orang menjerit meminta tolong.Tulis tindakan kamu dan rakan-rakan ketika itu.

Perenggan 1:

-ubah suai tajuk jadi pendahuluan

Perenggan 2:

-menyiasat suara jeritan

Perenggan 3:

-suruh kawan minta bantuan

Perenggan 4:

-memberi bantuan kepada mangsa

Perenggan 5:

-bantuan yang diminta sampai

Perenggan 6:

-penutup -nilai murni
               -harapan



  Pada suatu petang,saya dan rakan-rakan berjalan di tepi sungai menuju ke padang bola untuk menjalani latihan bola sepak.Tiba-tiba kami terdengar suara orang menjerit meminta pertolongan.

  Saya dan rakan-rakan segera menuju ke tebing sungai.Kami mencari-cari dari mana datang suara  jeritan itu.Rupa-rupanya,seorang budak lelaki menjerit meminta tolong kerana lemas di dalam sungai.

  Saya segera menyuruh Airil meminta bantuan daripada orang ramai.Saya juga menyuruh Amin menghubungi pihak bomba dan ambulans.Saya pula segera terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan budak yang lemas itu.

  Saya berenang menuju ke arah budak yang menjerit itu.Saya berjaya menarik baju budak itu dan berusaha menyelamatkannya.Saya menarik budak itu dan berenang menuju ke tebing sungai.Akhirnya,saya berjaya sampai ke tebing.

  Sampai di tebing sungai,bantuan yang diminta oleh kawan-kawan saya pun tiba.Pasukan ambulan memberi pertolongan kecemasan kepada budak itu. Pasukan bomba juga mengawal  keadaan hingga budak itu dibawa ke hospital dengan ambulans.

  Kemudian,kami pun meneruskan perjalanan menuju ke padang bola.Cikgu Azri mengucapkan tahniah kepada kami kerana telah menunjukkan sikap terpuji dengan menolong mangsa lemas.Kami berasa bangga dan berjanji akan terus mengamalkan sikap yang baik itu pada setiap masa.


Ulasan

  1. Balasan
    1. Terima kasih sebb tunjuk ajar kepada saya......saya amat menghargai nya... 🙂🙂😁

      Padam
  2. Karangan ini sangat membantu saya dalam pelajaran

    BalasPadam
  3. Karangan ini sangat sangat membantu saya terutama apabila guru meminta untuk menulis pelbagai jenis karangan TERIMA KASIH


    BalasPadam
  4. KARANGAN INI SANGAT MEMBANTU SAYA DALAM MEMBUAT KARANGAN

    BalasPadam
  5. Karangan ini sangat membantu untuk murid 2 saya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku